Langkau ke kandungan

Info kesihatan

Hernia: Bila Perlu Risau?

Perut & pundi hempedu · 1 min

Kenali benjolan hernia dan tanda kecemasan.

Tanda yang perlu diambil serius

Benjolan di pangkal paha atau bahagian perut yang muncul ketika berdiri, batuk atau meneran mungkin hernia. Kebanyakan hernia bukan kecemasan, tetapi hernia boleh menjadi kecemasan.

Ilustrasi hernia inguinal, dengan sebahagian usus menembusi dinding perut ke pangkal paha.

Dapatkan pemeriksaan segera jika

  • Benjolan menjadi sangat sakit dan tidak boleh dimasukkan semula
  • Muntah atau perut kembung
  • Kulit di atas hernia berubah warna

Penilaian biasanya melalui pemeriksaan klinikal, dengan ultrasound atau CT untuk kes tertentu, dan penilaian kesihatan sebelum pembedahan jika rawatan diperlukan.

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.

Hernia berlaku apabila tisu atau sebahagian usus menolak melalui bahagian dinding perut yang lemah. Hernia boleh berlaku di pangkal paha, pusat atau pada parut pembedahan lama.

Bila anda patut diperiksa?

  • Benjolan di pangkal paha, pusat atau bahagian perut
  • Rasa berat atau tidak selesa
  • Sakit ketika batuk, meneran atau mengangkat barang
  • Bengkak lebih ketara ketika berdiri

Pilihan rawatan

Cara rawatan hernia adalah melalui kaedah pembedahan. Jika hernia bergejala atau berisiko menyebabkan komplikasi, pembedahan awal mungkin disarankan. Pembedahan boleh dilakukan secara laparoskopi atau terbuka bergantung pada jenis hernia, saiz, sejarah pembedahan dan keadaan pesakit.

Baca lagi: Hernia

Info kesihatan

Pendidikan Pesakit

Baca Info Kesihatan
  • Darah Dalam Najis: Buasir atau Kanser?

    Kenapa warna darah sahaja tidak cukup untuk menentukan punca.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Kanser Usus Boleh Tiada Simptom

    Kepentingan saringan dan faktor risiko.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Buasir Kena Operate?

    Bila rawatan konservatif mencukupi dan bila prosedur dipertimbangkan.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Tahap Buasir

    Penerangan mudah gred I hingga IV.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi

Buat Temujanji

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.