Langkau ke kandungan

Info kesihatan

Buasir Kena Operate?

Kolorektal & perianal · 1 min

Bila rawatan konservatif mencukupi dan bila prosedur dipertimbangkan.

Kebanyakan buasir tidak perlu dibedah

Adakah semua buasir perlu dibedah? Tidak. Banyak kes boleh dirawat tanpa pembedahan, dan rawatan biasanya bermula dengan langkah mudah sebelum sebarang prosedur dipertimbangkan.

Infografik Laser Haemorrhoidoplasty (LHP) yang menerangkan prosedur untuk buasir.

Apabila prosedur diperlukan, pilihannya bergantung pada sejauh mana buasir terkeluar. Buasir yang tidak kekal terkeluar biasanya dirawat di klinik, contohnya dengan teknik gelang getah atau suntikan, manakala pembedahan biasanya ditawarkan apabila buasir kekal terkeluar atau simptom berulang walaupun sudah dirawat.

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.

Buasir ialah pembengkakan salur darah di salur dubur. Ia boleh menyebabkan pendarahan, ketulan terkeluar daripada dubur, gatal atau rasa tidak selesa. Namun, pendarahan dari dubur juga boleh berpunca daripada fisur, polip, radang usus atau kanser usus.

Bila anda patut diperiksa?

  • Darah merah segar ketika membuang air besar
  • Ketulan terkeluar dari dubur
  • Gatal, lendir atau rasa tidak selesa
  • Sakit atau bengkak di tepi dubur
  • Simptom berulang walaupun sudah mengambil ubat

Pilihan rawatan

Rawatan bergantung pada tahap buasir. Ia boleh bermula dengan serat, air yang mencukupi, pelembut najis dan ubat. Jika simptom berterusan, pilihan prosedur atau pembedahan akan dibincangkan berdasarkan jenis buasir dan keperluan pesakit.

Baca lagi: Buasir

Info kesihatan

Pendidikan Pesakit

Baca Info Kesihatan
  • Darah Dalam Najis: Buasir atau Kanser?

    Kenapa warna darah sahaja tidak cukup untuk menentukan punca.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Kanser Usus Boleh Tiada Simptom

    Kepentingan saringan dan faktor risiko.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Buasir Kena Operate?

    Bila rawatan konservatif mencukupi dan bila prosedur dipertimbangkan.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Tahap Buasir

    Penerangan mudah gred I hingga IV.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi

Buat Temujanji

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.