Langkau ke kandungan

Info kesihatan

Batu Hempedu

Perut & pundi hempedu · 1 min

Bila batu hempedu memerlukan pembedahan.

Bila batu hempedu menjadi masalah

Batu hempedu menjadi masalah apabila ia menyebabkan serangan sakit yang berulang atau komplikasi.

Ilustrasi pundi hempedu dan salur hempedu yang mengandungi batu hempedu.

Dapatkan pemeriksaan segera jika

  • Demam bersama sakit perut
  • Kulit atau mata menjadi kuning
  • Sakit kuat yang tidak reda
  • Muntah berterusan

Penilaian biasanya melibatkan pemeriksaan doktor, ultrasound abdomen dan ujian darah, dengan MRCP, CT atau pemeriksaan lain jika komplikasi disyaki.

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.

Batu hempedu terbentuk di dalam pundi hempedu. Ada yang tidak menyebabkan simptom, tetapi batu yang bergejala boleh menyebabkan serangan sakit, radang pundi hempedu, jaundis atau radang pankreas.

Bila anda patut diperiksa?

  • Sakit kuat di kanan atas perut
  • Sakit selepas makanan berlemak atau berminyak
  • Sakit menjalar ke belakang atau bahu kanan
  • Loya atau muntah
  • Serangan sakit yang berulang

Pilihan rawatan

Jika batu hempedu menyebabkan simptom atau komplikasi, rawatan lazim ialah membuang pundi hempedu melalui pembedahan laparoskopi. Tidak semua batu hempedu tanpa simptom memerlukan pembedahan.

Baca lagi: Batu Hempedu

Info kesihatan

Pendidikan Pesakit

Baca Info Kesihatan
  • Darah Dalam Najis: Buasir atau Kanser?

    Kenapa warna darah sahaja tidak cukup untuk menentukan punca.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Kanser Usus Boleh Tiada Simptom

    Kepentingan saringan dan faktor risiko.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Buasir Kena Operate?

    Bila rawatan konservatif mencukupi dan bila prosedur dipertimbangkan.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Tahap Buasir

    Penerangan mudah gred I hingga IV.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi

Buat Temujanji

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.