Langkau ke kandungan

Info kesihatan

Darah Dalam Najis: Buasir atau Kanser?

Kolorektal & perianal · 1 min

Kenapa warna darah sahaja tidak cukup untuk menentukan punca.

Kenapa warna darah sahaja tidak menentukan punca

Pendarahan dari dubur tidak semestinya buasir, dan warna darah itu sendiri tidak dapat menentukan punca. Sebab itulah pendarahan perlu dinilai, bukan diandaikan.

Ilustrasi salur dubur yang menunjukkan buasir dalaman dan luaran.

Bagaimana ia dinilai

  • Sejarah simptom dan tabiat membuang air besar
  • Pemeriksaan dubur dan rektum
  • Proktoskopi jika sesuai
  • Kolonoskopi mungkin disarankan mengikut umur, risiko dan simptom

Jika ada darah, bolehkah saya anggap ia buasir? Tidak. Punca pendarahan perlu dinilai, terutama jika berulang atau disertai perubahan tabiat membuang air besar.

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.

Buasir ialah pembengkakan salur darah di salur dubur. Ia boleh menyebabkan pendarahan, ketulan terkeluar daripada dubur, gatal atau rasa tidak selesa. Namun, pendarahan dari dubur juga boleh berpunca daripada fisur, polip, radang usus atau kanser usus.

Bila anda patut diperiksa?

  • Darah merah segar ketika membuang air besar
  • Ketulan terkeluar dari dubur
  • Gatal, lendir atau rasa tidak selesa
  • Sakit atau bengkak di tepi dubur
  • Simptom berulang walaupun sudah mengambil ubat

Pilihan rawatan

Rawatan bergantung pada tahap buasir. Ia boleh bermula dengan serat, air yang mencukupi, pelembut najis dan ubat. Jika simptom berterusan, pilihan prosedur atau pembedahan akan dibincangkan berdasarkan jenis buasir dan keperluan pesakit.

Baca lagi: Buasir

Info kesihatan

Pendidikan Pesakit

Baca Info Kesihatan
  • Darah Dalam Najis: Buasir atau Kanser?

    Kenapa warna darah sahaja tidak cukup untuk menentukan punca.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Kanser Usus Boleh Tiada Simptom

    Kepentingan saringan dan faktor risiko.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Buasir Kena Operate?

    Bila rawatan konservatif mencukupi dan bila prosedur dipertimbangkan.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi
  • Tahap Buasir

    Penerangan mudah gred I hingga IV.

    Kolorektal & perianal

    Baca lagi

Buat Temujanji

Jika simptom berterusan atau anda tidak pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan.